Terkandang aku terfikir akan kesusahan setiap insan yang hidupnya sentiasa susah macam yang sering kita lihat rancangan bersamamu.Bila kita menonton bersamamu kita hanya melihat dari jauh,mendengar rintahan dan keperitan yang dialami sudah cukup buat kita rasa terharu,siapa yang tak terharu walaupun sikit tu aku x tau la nak ckp apa..setiap yang dipaparkan ada kisah disebalik. last week aku balik melaka as usual naik perkhidmatan awam .. JEBAT Express…hampeh!! aku beli tiket jam 7.30 mlm, seawal 6.50 petang dan terpacul muka aku kat PUDU tu…last2 bas gerak kul 8.30 mlm lewat 1 jam…menyirap darah!!
so x per la aku pun naik bas tu dan aku lihat gelagat penumpang2 yang marah2 tapi tetap gak naik bas tu, kalau marah sgt jgn la naik…sambil2 tu aku duk tunggu sapa yang akan duduk sebelah aku..last2 ada lah sorng mamat nie…student kolej komuniti merlimau melaka berasal dari kedah kalau x silap..
Nak dijadikan cerita aku tanya dia bas jebat nie kuar ayer keroh or simpang ampat,dan samada bas nie masuk masjid tanah x?dia x tahu..start dari pertanyaan aku tu dia tanya balik so and so kami pun sembang2 la itu,ini..sembang punya sembang terbukak plak topik keluarga..dia tanya aku ayah dan ibu sihat?aku jawab sihat alahamdulilah…tetiba jer dia senyap dan aku rasa mcm ada something yang di pendam…aku tanya dia ada abang x seumur dengan aku..terus dia jawab x tahu..aku konfius dan dengan nada yang bergurau aku ckp “ehh umur abg sendiri pun x tahu” .. terus dia ckp dia x penah jumpa abg dia,kakak dia dan dah lama x jumpa emak dia…aku terkedu dan teruskan mendengar apa yg dia cerita..”saya x dijaga oleh ibu kandung saya,dari kecik mak saya bagi saya kat org..so yang kat kedah tu keluarga yang membela saya slama nie..sebab itu saya x kenal abang saya,x tahu umur dia dah berapa skrng..keluarga kandung saya orng susah..sebab itu mak saya bagi saya kat org dia ckp kehidupan saya akan terjamin kalau saya dibela oleh orang lain..” pehh…time tu aku rasa mcm ntah la aku x tahu apa yang aku tahu budak yang duk kat sebelah aku nie sorg yang cekal..dan bersemangat kental..walaupun dia x penah rasa kasih sayang seorg ibu kandung dan pada awalnya dia memberontak untuk tak nak berjauhan dengan keluarga kandung dia akhirnya pada usia yang terlalu kecik dah pandai berfikir untuk kehidupan dia masa depan..
Aku amat bertuah dalam masa dia ceritakan sejarah hidup dia dan ada yang terlalu sensitif tuk aku tulis kan sini..dan dalam masa yang sama aku dapat memotivasikan diri…terus hati aku terdetik “susah tak akan jadi senang kalau kita tak bersusah untuk dapatkan kesenangan” aku percaya walaupun 2jam aku mamat tu…aku dah berjaya tambag seorng kawan..dan aku berbangga menjadi kawan dia sebab aku tahu apa disebalik kehidupan dia sekrng..
kehidupan memang tak seperti yang kita harapkan…jika kita inginkan kehidupan yang baik kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan..
Wow byk jugak aku tulis nie…haha..igt kan nak update tuk watie dan hary…emm next entry kita jumpa tuk last wedding before puasa okk…











