Indah senyum, tertawan hati..
Riang tawa, Meriah majlis..
Hati Teruna kini dimiliki..
Satu hati dua jiwa tepatri..
01/March/09
Jam:1.30pm
Paluan kompang kedengaran tanda Ketibaan raja sehari untuk berarak bergandingan dengan si permaisuri. Indah persalinan, menawan senyuman bagai pinang dibelah dua. Reamy & intan kini dua hati menjadi satu, Cinta yang disulam berakhir dengan ikatan yg suci. Cinta yang dipendam kini bakal megorak langkah untuk menuju gerbang kebahagian.Tahniah dari kami Room2902photogrphy dan terima kasih kerana mempercayai kami merakam detik2 indah di hari keindahan dan kemeriahan penyatuan dua hati yang suci. Semoga kekal keakhir hayat dan diharap hasil karya kami menetapi citarasa kalian.
“apa pun yang terjadi biarlah ianya terjadi .. Harapan yang tinggi kini untuk kasih yang abadi”- isallaboutu-rama2902









0 Responses to “Kronologi persandingan Reamy & intan -Finale”